Jurulatih judo kebangsaan, Md Nashriq Md Nassir, yang meletakkan sasaran sekurang-kurangnya meraih pingat gangsa Sukan Komanwel di Glasgow pada Julai depan ke atas Amir Daniel Abdul Majeed.
Ini selepas perbincangan menyeluruh melihat kekuatan yang dimiliki Amir Daniel yang masih segar memenangi emas judo kategori 81 kilogram dalam Sukan SEA Thailand sebelum ini.
Advertisement
Menurutnya, persiapan menyeluruh turut merangkumi perjalanan ke Sukan Asia dan Sukan SEA 2027 di Malaysia.
Ditanya mengenai penambahan bajet, Nashriq menjelaskan Majlis Sukan Negara (MSN) ada meminta cadangan bajet daripada pihak persekutuan terlebih dahulu sebelum ia dimuktamadkan dalam satu lagi mesyuarat lanjutan jawatankuasa kerja selepas ini.
Amir Daniel terlebih dahulu akan meneruskan perjuangannya dalam Kejohanan SEA Judo dari 19 hingga 24 Mei ini di Hanoi, Vietnam.
"Sukan komanwel, Sukan Asia dan Sukan SEA 2027.
"Kami sasarkan gangsa dalam Komanwel terlebih dahulu memandangkan kerana dia beralih ke kategori 73 ke 81kg.
"Bajet yang akan diterima kelak sangat membantu untuk masa depan judo," katanya.