Melalui tempoh waktu yang sukar berikutan diulit kecederaan sepanjang tahun lalu, Shereen Vallabouy, bertekad kembali ke kemuncak prestasi sambil menyatakan kelegaan sudah melepasi tempoh sukar itu.
Sekembalinya atlet 400 meter wanita itu dari Amerika Syarikat (AS) sesudah tamat pengajian pengurusan pelancongan November lalu, Shereen memilih untuk menjalani latihan sepenuh masa.
Advertisement
Dengan mengutamakan proses pemulihan demi mencari peluang untuk berada dalam kelompok enam terbaik Asia bagi melayakkan ke Sukan Asia Aichi-Nagoya.
Ternyata Shereen merindui dirinya yang berada di tahap terbaik empat tahun lalu.
"Sasaran utama saya adalah Sukan Asia.
"Setelah memenangi pingat gangsa pada 2022, saya mengalami beberapa siri kecederaan.
"Jadi tahun ini saya mahu bangkit dan kembali ke puncak prestasi," katanya.
Justeru, dia perlu mengatasi pencapaian peribadi 51.79 saat, namun tidak mahu terlalu terburu-buru dalam mencari slot enam terbaik asia itu.
Shereen kini di tahap yang cukup sempurna untuk kembali ke podium Sukan Asia seperti yang dilakukan empat tahun lalu di Huangzhou, China.
"Oleh kerana musim lalu sukar buat saya.
"Saya enggan meletakkan membebani diri sendiri dalam soal catatan," katanya.