Skip to main content

Sukan Asia

Sukan Asia: Menteri jamin John Beasley kekal, akan terus bincang masa depannya

l


Menteri Belia dan Sukan, Dr Taufiq Johari, mengakui John Beasley kecewa berhubung beberapa perkara, termasuk isu persatuan negeri yang tidak melepaskan atlet ke Kejohanan Remaja Dunia demi Sukan Malaysia (Sukma) Selangor pada Ogos depan.

Selepas perbincangan minggu lalu yang turut dihadiri Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Majlis Sukan Negara (MSN), dan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) bagi membincangkan langkah terbaik, Dr Taufiq menegaskan bakal ada lagi perjumpaan bersama Beasley dengan misi untuk mencapai kata sepakat dan titik tengah supaya perkara ini tidak berlanjutan.

"MSN akan mengadakan pertemuan dengan John Beasley dalam masa terdekat untuk memastikan pembangunan atlet itu kekal dan yang pastinya, mencapai kata sepakat.

"KBS sentiasa menyediakan platform untuk penyelesaian terbaik. Beasley telah memberi jaminan bahawa segala persiapan tahun ini tidak akan terjejas.

"Dia akan menerajui pasukan negara khususnya dalam Sukan Komanwel dan Sukan Asia 2026," kata Dr Taufiq kepada wartawan Astro Arena, Kamal Nizam.

Dr Taufiq juga mengenengahkan betapa pentingnya perbincangan bersama semua pihak, dan selepas ini akan ada lebih banyak perbincangan bersama Beasley dan juga pemegang taruh bagi mencari penyelesaian demi kebaikan kem berbasikal trek negara.

"Sesi townhall ini merupakan satu langkah pertama yang amat penting untuk perkara yang perlu dirangka pada masa akan datang.

"Sesi perbincangan ini akan berterusan yang melibat semua pemegang taruh -- kami tidak mahu membuat keputusan berdasarkan satu pihak sahaja -- kerana kami mahu keputusan yang dibuat memberi kebaikan kepada atlet dan negara," katanya. 
 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Must Watch Video