Skip to main content

Sepak Takraw

Sukan Asia Aichi-Nagoya: Skuad sepak takraw negara bantai tuan rumah

Takraw
Advertisement

Skuad sepak takraw berpasukan negara membuka tirai perlawanan dengan langkah kanan apabila mudah menewaskan Jepun 3-0 dalam Sukan Asia Aichi Nagoya 2026 di Gimnasium Bandar Nagoya sebentar tadi.

Syahir Rosdi, Azlan Alias dan Farhan Adam yang turun selaku regu pertama menepati ramalan untuk mengutip mata pertama dengan kemenangan straight set 15-11, 15-11.

Advertisement

Skuad kendalian Ahmad Jais Baharun kemudiannya meneruskan rentak kecemerlangan apabila mendahului selesa 14-5 pada set pertama menerusi regu kedua sebelum menoktahkan kemenangan 2-0 pada set berikutnya.

Memasuki aksi ketiga, tuan rumah berjaya mendapatkan mata pertama tatkala menewaskan gandingan Hafizul Hayazi Adnan, Amirul Zazwan Amir dan Zarif Marican Ibrahim Marican ketika regu ketiga itu cuba menyesuaikan diri, namun Jepun tenang mencuri set pertama 15-13.

Advertisement

Tetapi kelebihan itu tidak bertahan lama apabila bintang-bintang Liga Sepaktakraw (STL) itu kembali bangkit pada set kedua 15-5, sebelum menutup peluang negara Matahari Terbit itu pada set ketiga 15-6 untuk menduduki tempat pertama Kumpulan B.

Selepas ini, kem kebangsaan akan bertemu India dan Filipina sebelum merebut slot ke peringkat seterusnya.

Untuk rekod, kali terakhir Malaysia merangkul pingat emas acara itu pada edisi 1990 di Beijing, China.
 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Must Watch Video