"Emas untuk negara, kereta e-Mas untuk juara"
Berikut merupakan suntikan motivasi diberikan Presiden Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF), Datuk Wira Dr. Nur Azmi Ahmad, terhadap atlet karate negara yang berjaya memenangi emas dalam temasya Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026.
Ganjaran berkenaan diharapkan mampu menjadi pembakar semangat buat skuad negara untuk memburu sekurang-kurangnya satu pingat emas dalam temasya itu nanti.
Kereta Proton E-Mas bernilai lebih RM60,000 dan model serta warna kenderaan boleh dipilih atlet yang memenanginya.
"Kami perlukan sekurang-kurangnya satu pingat emas untuk membantu kontinjen negara menerusi pungutan pingat, ganjaran ini saya dapatkan daripada syarikat-syarikat yang percaya pada saya, menerusi ganjaran besar ini buat skuad karate negara, saya percaya atlet negara dapat pamer prestasi terbaik.
🚨Slogan “Emas untuk negara, kerete e- MAS utk juara”🥋
Ganjaran kereta utk atlit karate yang berjaya menang emas pada Sukan Asia Aichi Nagoya, Jepun.💪🏿
Lets go!!🔥🔥🔥@ASTROARENA pic.twitter.com/BbLDAyTr6R— Faizal Bazari (@faizalbazario) September 10, 2026
"Sukan Asia ini berbeza dengan kejohanan lain, walaupun sasaran kecil, namun sumbangan emas itu penting," katanya.
Dalam pada itu, jaguh karate negara, G.Shahmalarani, menzahirkan penghargaan kepada semua pihak termasuk Presiden MAKAF atas ganjaran istimewa yang ditawarkan andai membawa pulang emas pada Sukan Asia nanti.
Untuk rekod, MAKAF akan menghantar lapan atlit untuk bertarung dalam acara kata serta kumite, dengan kata memberi kelebihan kerana melibatkan tiga atlit dalam satu pasukan.
"Sebagai pasukan karate kami sangat bersyukur, ganjaran ini bukan sahaja untuk semua sukan tetapi untuk karate sahaja. Sangat istimewa.
"Semua atlet sedang berlatih, demi nama dan negara pingat emas itu penting." tambahnya.