Kontinjen Malaysia kekal berada di kedudukan ke-11 dalam carta kutipan pingat Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026.
Malaysia mengumpul empat emas, satu perak dan lima gangsa menjadikan 10 pingat secara keseluruhan terkumpul setakat ini.
Untuk rekod, pingat negara hadir menerusi sukan karate, sepak takraw, wushu dan e-Sukan.
Tambahan pingat terbaru negara hadir menerusi kem sepak takraw negara yang menamatkan kemarau 36 pingat emas selepas menewaskan Thailand malam tadi dalam acara regu berpasukan.
Hari ini Malaysia berpeluang menambah koleksi pingat menerusi acara terjun final dan olahraga final.
Ayuh berikan sokongan buat kem negara hari ini!
