Wakil Asia Tenggara (ASEAN) bersinar melakar sensasi apabila selangkah mencipta sejarah untuk meraih pingat Sukan Asia Kabaddi yang pertama!
Thailand meraih kemenangan ketiga berturut-turut, sekali gus melektakkan negara itu di ambang kejayaan terbaik menanti untuk mara ke separuh akhir selepas menundukkan pemenang tempat ketiga edisi 2022 di Hangzhou, China iaitu Pakistan 48-45.
Gajah Perang akan bertemu gergasi dunia, Iran, dengan harapan besar bagi perlawanan Kumpulan B untuk meneruskan kemaraan ke peringkat seterusnya. Kedudukan carta menyaksikan kedua-dua pasukan itu berpeluang ke separuh akhir, namun Pakistan masih berpeluang dengan syarat harus menumpaskan Iran petang ini.
Sepanjang penganjuran Kabaddi dalam temasya itu sejak 1990, belum ada lagi pemenang pingat dari ASEAN bagi kategori lelaki.
Satu lagi tumpuan tak disangka, Korea Selatan yang pernah memenangi pingat perak di Jakarta-Palembang 2018 telah disahkan tersingkir ekoran mengutip tiga kekalahan dan menghuni tempat terakhir Kumpulan A.
Siapakah akan ke separuh akhir dan final Sukan Asia Aichi-Nagoya kali ini?