Beregu campuran skuasy negara, C. Ameeshanraj-Rachel Arnold, menyumbangkan pingat gangsa menerusi acara skuasy campuran di Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026.
Perkara itu selepas mereka tewas dalam pusingan separuh akhir kepada wakil Hong Kong, Tse Yee Lam-Lau Cheuk Nam, menerusi straight set 10-11,7-11 dalam tempoh 21 minit di Nagoya Kinjo Futo Arena, sebentar tadi.
Dua lagi wakil negara menerusi acara perseorangan lelaki dan wanita iaitu S. Sivasangari dan Ng Eain Yow akan turun sebentar lagi dalam misi untuk mara ke final.