Kem terjun negara menghadiahkan pingat pertama sukan itu, sekali gus menambah koleksi pungutan pingat Malaysia dalam temasya Sukan Asia Aichi-Nagoya di Pusat Akuatik Tokyo sebentar tadi.
Hari ini, Malaysia tambah dua lagi pingat dan ini pingat kedua hari ini.
Gandingan dua remaja lelaki berusia 20 tahun itu, Yong Rui Jie-Mohamad Nurqayyum Nazmi, itu mengulangi pencapaian Ooi Tze Liang-Syafiq Puteh pada edisi 2022 di Hangzhou untuk memenangi pingat gangsa acara 3m papan anjal seirama lelaki.
Untuk rekod, pasangan tersebut merupaka juara Sukan SEA Thailand 2025 dalam acara berkenaan.
Mereka mengumpul 345.81 mata keseluruhan selepas enam terjunan di belakang wakil tuan rumah, Jepun, dan China dinobat selaku juara.
Terdahulu, beregu campuran skuasy negara, C. Ameeshanraj-Rachel Arnold, juga menyumbangkan pingat gangsa sebentar tadi menerusi acara skuasy campuran menjadikan keseluruhan lapan gangsa setakat ini dimiliki oleh Kontinjen Malaysia ketika ini.