'Statistik tidak pernah menipu'
Berikut penjelasan Safawi Rasid yang menolak tanggapan kejayaannya memenangi Kasut Emas Liga Super Pemain Tempatan 2025/26 dengan 13 gol hadir hanya kerana nasib.
Beraksi bersama Kuala Lumpur (KL) City musim lalu, dia menegaskan statistik sebagai jawapan terbaik terhadap kritikan peminat, sekaligus berpuas hati dengan pencapaiannya.
Kejayaan itu menyaksikan Safawi yang baru dilamar oleh Kuching City secara pinjaman untuk musim akan datang, mengulangi pencapaian 2019 apabila dinobat sebagai penjaring terbanyak tempatan Liga Super.
"Saya sangat bangga dengan diri saya, kerana bukan mudah pemain tempatan menjaringkan banyak gol, malam ini terbukti dengan anugerah ini.
"Anugerah ini bantu saya lebih bersemangat untuk musim baharu, mungkin orang luar dan penyokong boleh nilai, statistik tidak boleh menipu, saya sangat berpuas hati." katanya.