Skip to main content

Ragbi

SSR: Perancangan cuti sekolah penting hadapi suku akhir premier

j

Perlawanan wildcard divisyen premier Super School Rugby (SSR) menyaksikan empat pasukan meneruskan cabaran ke suku akhir selepas melepasi halangan masing-masing hari ini.

Sekolah Sultan Alam Shah (SAS) dan Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) antara yang mencuri tumpuan selepas mencipta kemenangan penting dalam aksi penentuan.

"Dengan masa yang agak panjang, kami akan luangkan masa untuk program pemulihan selain latihan ketika cuti sekolah," kata jurulatih SAS, Mohd Piza Yahaya, yang diundi bertemu Sekolah Dato' Abdul Razak (SDAR).

Tambah pengurus STAR, Syafiq Jalaludin: "Sudah tentu MRSMBP (MRSM Balik Pulau) akan lebih bersedia.

"Kami mahu pastikan perancangan berjalan lancar dan pemain dalam keadaan yang terbaik."

Setiap perlawanan berlangsung dalam intensiti tinggi dengan kebanyakan pasukan terpaksa kerja keras hingga minit akhir. malah tekanan format kalah mati menjadikan perubahan momentum berlaku dalam tempoh singkat.

Keputusan wildcard tersebut melengkapkan barisan pasukan ke saingan suku akhir yang pastinya bakal menghidangkan penonton dengan kualiti permainan tahap terbaik.
 

Must Watch Video