Skip to main content

Sukan Lain

Siapa bekas atlet dihambat along?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Atlet

Gara-gara meminjam wang daripada kumpulan pinjaman wang secara haram tanpa lesen atau dikenali sebagai along oleh kerana kesempitan hidup, seorang bekas atlet wanita negara dipercayai menerima ancaman yang menggugat keselamatan dirinya.

Menurut Pengerusi Yayasan Pemerkasaan Pendidikan dan Kemahiran, Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed, yang terpanggil untuk membantu mangsa sudah melunaskan hutang melebihi amaun yang dipinjam termasuk caj faedah, namun masih ditekan untuk membayar lagi.

Advertisement

Difahamkan, laporan polis sudahpun dibuat berhubung ugutan yang berlaku bagi memastikan keselamatan mangsa terjamin.

"Dia telah meminjam daripada along. Dia tidak bekerja dan tinggal di sebuah bilik di ibu kota.

"Mungkin dia memerlukan duit jadi dia tiada jalan lain seterusnya berjumpa dengan along.

"Selepas 24 bulan, dia sudah membayar sehingga RM80,000 meskipun dikatakan meminjam sedikit sahaja.

"Saya pergi berjumpa dengannya dan menenangkan dia.

"Apabila along tersebut mula mengugut, dia berasakan nyawanya tergugat.

"Jadi, saya membawanya untuk membuat laporan polis," katanya di Nadi Arena.

Bagaimanapun, Noorul Ariffin memilih untuk tidak mendedahkan identiti mangsa selain menyifatkan pendedahan tersebut adalah untuk meningkatkan kesedaran terhadap bekas atlet negara supaya memohon bantuan menggunakan saluran yang betul jika berdepan sebarang kesulitan.

"Saya tidak akan membuka aib bekas atlet ini. Biarkan polis mengambil tindakan.

"Ini adalah pesanan kepada semua bekas-bekas atlet yang mengalami masalah kewangan.

"Along bukan penyelesaian," tambahnya.

Must Watch Video