Selepas mencatatkan rekod memberangsangkan 54.24s (saat) dalam acara 800 meter di Singapura sebelum ini, Shereen Samson Vallabouy, mengakui dia kini berada di landasan terbaik menjelang Kejohanan Olahraga Peringatan Michitaka Kinami pada 10 Mei depan.
Gabungan bakat, kemampuan dan kerja keras diakui menjadi resipi utama keyakinannya untuk terus mencabar di pentas antarabangsa.
Advertisement
Lebih melegakan, Vallabuoy turut mengesahkan keadaan fizikalnya ketika ini berada pada prestasi optimum tanpa dibelenggu sebarang kecederaan atau halangan sepanjang fasa persediaan.
"Bagi saya, saya sentiasa percaya dengan kerja keras serta bakat, saya bekerja keras dalam latihan dan kejohanan, itu apa yang saya lihat pada diri saya.
"Buat masa ini tidak bergelut dengan apa-apa, saya baru pulang daripada Singapura, permulaan yang bagus dan saya mahu memperbaiki dari sana.
"Saya dalam keadaan baik, saya percaya dengan rancangan Latihan jurulatih." jelas pemegang rekod 400m kebangsaan itu.