Skip to main content

Bola Sepak

Serie A: McTominay tunjangi Napoli kembali ke puncak liga

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Serie A: McTominay tunjangi Napoli kembali ke puncak liga

Scott McTominay membantu Napoli kembali ke puncak Serie A selepas kemenangan 2-1 ke atas Juventus di Stadio Diego Armando Maradona semalam.

Kemenangan besar 4-0 Inter menyaksikan mereka melonjak ke tangga teratas Serie A namun skuad kendalian Antonio Conte memastikan mereka berjaya melakar kemenangan di laman sendiri bertemu Juventus.

Advertisement

Pemain pinjaman Manchester United, Rasmus Hojlund, muncul wira Napoli, dengan pemain antarabangsa Denmark itu menjaringkan dua gol untuk menamatkan kemarau golnya.

Hojlund tidak menjaringkan gol untuk Napoli sejak awal Oktober tetapi menjaringkan gol ketiga dan keempatnya pada musim Itali untuk menewaskan pasukan pelawat yang berpangkalan di Turin itu.
 

Must Watch Video