Skip to main content

Pelayaran

Seramai 17 belia Malaysia terpilih ke Program Kapal Belia Asia Tenggara dan Jepun edisi ke-49

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

bimol

Penyertaan 17 belia Malaysia ke Program Kapal Belia Asia Tenggara dan Jepun edisi ke-49 mencipta detik bersejarah.

Perkara itui susulan kapal ikonik Nippon Maru yang digunakan sejak 1974, bakal menamatkan perkhidmatan sebelum digantikan dengan tahun depan.

Advertisement

Program yang berlangsung daripada 15 Januari hingga 17 Februari itu sekali gus menjadi platform penting dalam memperkukuh jalinan antarabangsa serta memupuk kefahaman budaya dalam kalangan peserta.

Menurut Timbalan Menteri Belia Dan Sukan (KBS), Mordi Bimol, pemilihan peserta dilakukan secara berperingkat daripada hampir tiga ribu permohonan dalam lingkungan umur 18 hingga 30 tahun.

 

 

Fasa saringan turut melibatkan aktiviti luar dan elemen sukan untuk menguji ketahanan fizikal serta mental peserta, selain kemampuan peserta untuk bekerja sebagai satu pasukan.

"Sambutan sangat menggalakkan, terdapat lebih daripada 1400 permohonan dan hanya 17 yang layak, mereka telah jalani kem bimbingan.

"Mereka sudah tahu daripada pertengahan tahun lalu, jadi persiapan mereka ambil masa beberapa bulan kerana pelbagai latar belakang.

"Ada banyak program dibawah KBS, penting untuk lihat social media KBS." katanya.

Must Watch Video