Skip to main content

Sepak Takraw

Sepak Takraw: Ahmad Jais belum puas hati dengan prestasi semasa pemain negara

ff
Advertisement

Ketua jurulatih skuad sepak takraw negara, Ahmad Jais Baharun, mengakui tidak berpuas hati dengan prestasi semasa ditampilkan barisan pemain negara yang beraksi di saingan Sepak Takraw League (STL) musim ini.

Ahmad Jais yang juga merupakan Pengarah Kejurulatihan Persekutuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) itu menggesa pemain negara untuk bangkit mempamerkan persembahan lebih meyakinkan pada Grand Prix kelima STL yang dijadualkan berlangsung di Karisma Arena, Negeri Sembilan bermula 9 Disember depan.

Advertisement

Dalam pada itu, dia turut gembira dengan kelibat pemain muda yang berjaya mencuri tumpuan selepas berakhirnya empat GP STL setakat ini sambil menyifatkan ada diantara mereka memiliki keupayaan dan kemampuan untuk diserapkan ke skuad kebangsaan dalam tempoh masa terdekat.

"Jika dilihat secara keseluruhan ramai pemain muda berbakat, bagi saya pemain kebangsaan juga daripada prestasi agak mendatar dan merundum.

Advertisement

"Sedikit merisaukan kerana apabila lepaskan pemain, kami hanya boleh memantau. Bermula esok pasukan negara akan jalani latihan dua minggu sebelum sambung STL.

"Sambutan penyokong akan STL sangat positif, ini menunjukkan sukan takraw semakin diminati." katanya.

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Related Topics

Must Watch Video