Skip to main content

Sukan Asia

Sentiasa bersedia galas tanggungjawab negara -- perejam negara

ss

Perejam skuad sepak takraw negara, Shahalril Aiman Halim, enggan mensia-siakan peluang yang diberikan kepadanya untuk beraksi di pentas Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026.

Sedar tugas berat menanti, perejam yang mesra disapa dengan panggilan 'Abang' itu, bagaimanapun, memberi jaminan untuk mempamerkan aksi terbaik dalam penampilan sulungnya temasya berkenaan.

Untuk rekod, Shahalril Aiman menggantikan tempat Noraizat Nordin yang terpaksa ucap selamat tinggal lebih awal kepada edisi kali ini selepas mengalami kecederaan otot betis ketika sesi latihan pasukan pada kelmarin.

"Sebagai pemain, saya sentiasa bersedia untuk menggalas tanggungjawab, bila-bila masa sahaja diperlukan negara.

"Pada awalnya memang gugup tapi atas sokongan rakan sepasukan, kini saya sudah dapat serap.

"Dalam masa sama, banyak lagi yang perlu saya perkemaskan lagi untuk mengimbangi permainan pemain senior," katanya di Nadi Arena. 
 

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Related Topics

Must Watch Video

Advertisement