Ketua jurulatih skuad B-16 negara, Shukor Adan, menjelaskan sasaran kem negara adalah untuk melayakkan diri ke Piala Asia B-17 2027 tahun depan.
Skuad Harimau Muda akan berdepan Palestin dalam aksi pertama Kumpulan E, Kelayakan Piala Asia B-17 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras sebelum menentang Singapura, Guam dan India.
"Semua orang sedia maklum sasaran adalah untuk layak ke Sukan Asia tahun depan, kerana hanya juara kumpulan akan layak.
"Jadi, beraksi sebagai tuan rumah diharapkan penyokong dapat berikan semangat buat mereka, datang ke stadium dan akhirnya mara ke Piala Asia nanti.
"Untuk pusingan kelayakan kerana mereka perlukan sokongan untuk berikan motivasi keapda mereka." katanya.
Juara setiap kumpulan akan mendapat slot secara automatik ke Piala Asia B-17 di Uzbekistan pada Mei depan.
Setakat ini, Uzbekistan, Qatar, Jepun, China, Australia, Korea Selatan, Arab Saudi, Tajikistan dan Vietnam telah mengesahkan tempat ke kejohanan itu.