Skip to main content

Badminton

Seluruh England: Tujuh wakil negara mara ke pusingan kedua

england

Seramai tujuh wakil neara bermula Langkah kanan dalam pusingan pertama saingan hari kedua Seluruh England 2026 awal pagi tadi.

Bermula dengan kemenangan beregu muda lelaki negara, Kang Khai Xing dan Aaron Tai, yang  mencipta kejutan apabila menewaskan gandingan nombor empat dunia dari India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty, dalam aksi straight set, 23-21,21-12.

Advertisement

Momentum itu diteruskan dengan kejayaan beregu professional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, menewaskan pasangan tuan rumah, Callum Hemming-Van Leeuwen, 21-14,21-12 dalam tempoh 40 minit.

 

 

 

 

Man Wei Chong-Tee Kai Wun yang turun selaku pilihan keenam kejohanan juga tidak berdepan masalah menewaskan lawan dari Chinese Taipei, Lee Fang Chih-Lee Fang Jen, 21-17-21-16.

Tidak terhenti di situ, beregu meningkat naik negara, Arif Junaidi-Yap Roy King, juga teraksa bermandi peluh sebelum menewaskan lawan dari Denmark, Daniel Lundgaard-Mads Vestergaard, dalam perlawanan rubber set, 21-19,18-21,21-18.

Tiga beregu berpengalaman negara iaitu Pearly Tan- M.Thinaah, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin turut menepati sasaran apabila melepasi SELEPAS melalui hari pertama yang agak mendukacitakan, kem badminton negara bangkit mempamerkan aksi cemerlang pada hari kedua Kejohanan Badminton Seluruh England sekali gus menyaksikan tujuh wakil mengesahkan tiket ke pusingan kedua.

Mengetuai kemaraan tersebut ialah beregu lelaki nombor satu negara yang juga pilihan kedua kejohanan, Aaron Chia-Soh Wooi Yik.

 

 

 

 

Mereka cemerlang menewaskan pasangan Amerika Syarikat, Chen Zhi Yi-Presley Smith menerusi kemenangan straight set 21-17, 21-17.

Kejayaan itu bagaimanapun menemukan mereka dengan rakan senegara, Wan Arif Wan Junaidi-Yap Roy King di pusingan kedua nanti sekali gus mengesahkan satu tiket suku akhir milik Malaysia. pusingan pertama.

Must Watch Video