Skip to main content

Badminton

Seluruh England: Toh Ee Wei harap tuah Tahun Kuda

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Toh

Juara dunia 2025, Toh Ee Wei, memilih untuk menyambut Tahun Baru Cina kali ini secara besederhana bersama keluarga di Melaka.

Tiada sambutan mewah, sebaliknya pemain beregu campuran negara itu hanya mahu meluangkan masa berkualiti bersama insan tersayang sebelum kembali menyambung sesi latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara.

Advertisement

"Selalunya kami pulang ke kampung untuk menyambut perayaan dua hari sebelum kembali berlatih.

"Kebiasaannya kami berkumpul sekeluarga dan meluangkan masa bersama," katanya.

Dalam masa sama, atlet berusia 25 tahun itu berharap kedatangan Tahun Kuda ini mampu merestui perjuangan dan gandingannya, Chen Tang Jie, menjelang pentas Kejohanan Badminton Seluruh England di Birmingham yang bakal membuka tirai bermula 3 hingga 8 Mac ini.

Menurutnya, fokus utama ketika ini adalah memastikan persiapan berada pada tahap maksimum serta kekal bebas daripada sebarang kecederaan menuju kejohanan berprestij itu.

Meskipun cuti perayaan memberikan sedikit ruang untuk berehat, tumpuan Ee Wei dan Tang Jie kekal terarah untuk memberikan prestasi terbaik buat negara.

"Saya harap persiapan penuh dibuat dan tiada kecederaan menimpa," tambahnya.

Must Watch Video