Sensasi pemenang pingat emas acara 800 meter di temasya Sukan Olimpik Paris 2024, Keely Hodgkinson berterusan dengan kali ini pelari kelahiran England itu berjaya memecah rekod dunia 800 meter dalam dewan yang sebelum ini dipegang pelari Slovenia, Jolanda Ceplak.
Lebih manis kejayaan ini diraih ketika beliau kembali daripada siri kecederaan hamstring yang dihadapinya pada Februari tahun lalu sehingga memaksa beliau menangguhkan penyertaan dalam saingan kompetitif dunia buat seketika.
Advertisement
A NEW WORLD RECORD for Keely Hodgkinson! 🤩
She's broken the 800m indoor world record with a time of 1:54.87! pic.twitter.com/9GW0qGf5ml— BBC Sport (@BBCSport) February 19, 2026
Keeley muncul terpantas dengan catatan rekod dunia baru 1 minit 54.87 saat memadan rekod lama 1 minit 55.82 saat yang sukar dilebur sejak 3 mac 2002!
Menariknya rekod sebelum ini dicatat bersamaan dengan tarikh lahir Keeley pada 3 Mac 2002.
Kejayaan ini sudah pasti jadi pemangkin untuknya mengejar gelaran Juara Dunia yang masih belum sempat dirasainya sejak bergelar atlet olahraga bertaraf elit.