Skip to main content

Bola Sepak

Selepas lapan musim, Wolves tersingkir dari Liga Perdana Inggeris

wolves

Wolverhampton Wanderers secara rasminya tersingkir daripada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas lapan musim bersaing dalam liga utama di England itu.

Perkara itu susulan skuad kendalian Rob Edwards itu berada dalam kelompok tercorot dan ketinggalan 16 mata daripada zon selamat dengan keputusan seri 0-0 antara West Ham United dan Crystal Palace awal pagi tadi mengesahkan penyingkiran Wolves meskipun masih berbaki lima perlawanan lagi musim ini.

Advertisement

 

 

 

 

Skuad The Midlands itu mencipta musim kurang memberansangkan kali ioni apabila tidak melakar kemenangan dalam 19 aksi pertama mereka.

Wolves tumbang 0-3 kepada Leeds United minggu lalu untuk mengumpul hanya 17 mata daripada 33 perlawanan liga dan akan bersaing di Liga Kejuaraan musim depan.
 

Must Watch Video