Makin panas drama saingan Netball Super League (NSL) 2026 selepas Johor Jewels mengesahkan seorang lagi ikon yang akan memperkuat pasukan, Laura Langman.
Ia pastinya dilihat sebagai satu langkah besar yang mampu mengubah landskap persaingan bukan sahaja daripada segi permainan, malah kepimpinan di atas gelanggang dengan rata-rata pemain tempatan yang dahagakan minit permainan lebih-lebih lagi untuk berada dalam satu gelanggang bersama lagenda bola jaring berasal New Zealand ini.
Advertisement
Laura merupakan antara pemain paling berjaya dalam sejarah New Zealand dengan rekod cemerlang termasuklah kejuaraan dalam Piala Dunia, pingat emas Sukan Komanwel, serta ratusan kaps antarabangsa bersama Silver Ferns.
Dikenali sebagai pemain tengah yang versatil, tenang dan berdisiplin tinggi, Laura sering menjadi nadi permainan pasukannya serta rujukan utama dalam situasi genting. Boleh bayangkan gabungannya bersama pemain seperti Fariha Razak? Fuhhh!
Dengan gabungan pemain bertaraf dunia dan bakat tempatan yang sedia ada, Jewels kini dilihat sebagai salah satu pencabar utama kejuaraan. Kehadiran Laura membawa bersama standard profesionalisme tinggi yang mampu semestinya mampu menaikkan Jewels.
By the way, ada team yang dah shaking ke tu? Apa-apa pun may the best team win and let’s #rulethecourt!