Skip to main content

Bola Jaring

Selepas bantu Johor Jewels, Laura Langman kembali ke Super Netball 2027 dengan peranan baharu

Selepas bantu Johor Jewels, Laura Langman kembali ke Super Netball 2027 dengan peranan baharu

Ikon bola jaring New Zealand dan bekas pemain tengah Johor Jewels, Laura Langman akan kembali ke pangkuan kelab yang pernah menjulang namanya di puncak, Sunshine Coast Lightning tetapi dengan peranan yang lebih besar dan mencabar, sesuai dengan statusnya sebagai antara pemain terbaik dunia.

Laman web rasmi Sunshine Coast Lightning pada Isnin mengumumkan Langman akan bertindak sebagai mentor sekaligus berperanan sebagai sokongan tambahan kepada ketua jurulatih, Belinda Reynolds dan pembantu yang baru dilantik, Madi Browne - sebahagian daripada rangka persiapan padu kelab itu menjelang saingan musim baharu liga bola jaring Australia, Super Netball yang dijangka bermula pada Mac 2027.

Pemilik dan Ketua Eksekutif Lightning, Justin Pascoe berkata pelantikan Langman akan memberi manfaat kepada kelab di dalam dan di luar gelanggang.

"Dengan kerjasama erat dengan para pemimpin kelab ini, kami berharap Laura dapat memberikan bimbingan dan kebijaksanaannya untuk mengangkat kelab ke tahap yang kami tahu kami boleh berada."

Meskipun memegang status secara sambilan, Langman tetap teruja untuk kembali menjadi sebahagian daripada Lightning.

"Saya ingin belajar daripada yang terbaik tentang apa yang diperlukan untuk menjadi atlet moden dan menyelitkan sedikit unsur lama dari semasa ke semasa."

Langman merekodkan 165 penampilan antarabangsa dan telah memenangi kesemua kejohanan utama bola jaring termasuk dua pingat emas di Sukan Komanwel 2006 dan 2010, selain menjadi kapten pasukan ketika Silver Ferns menikmati kejuaraan penuh gemilang pada Piala Dunia 2019.

Langman juga pernah muncul sebagai pemain New Zealand pertama yang beraksi di saingan Liga Australia, sebelum mengumumkan persaraan pada Ogos 2020. Lagenda berusia 40 tahun itu kemudiannya mencetus sensasi apabila keluar daripada persaraan dengan membantu Jewels muncul naib juara Netball Super League (NSL) Malaysia pada April lalu.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Related Topics

Must Watch Video