Skip to main content

Berita Sukan Am

Selangor raikan pemenang majlis sukan sekolah

ll
Advertisement

Majlis Anugerah Kecemerlangan Sukan (MAKS) Majlis Sukan Sekolah (MSS) Selangor berlangsung meriah di Dewan Sekolah Rendah Jenis Cina (SRJC) Pandamaran B, Klang, dengan perasmian semalam disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Yayasan Menteri Besar Selangor Incorporated, Ahmad Azri Zainal Nor.

MAKS yang menawarkan 12 anugerah keseluruhan dianjurkan sebagai platform pengiktirafan dan penghargaan kepada barisan atlet, jurulatih, pegawai serta semua pihak yang terlibat dengan kecemerlangan sukan sekolah di negeri tersebut.

Advertisement

MSS Selangor muncul juara keseluruhan kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) selepas mendominasi 15 daripada 24 sukan yang dipertandingkan, sekali gus mengekalkan kejuaraan buat kali ke-24 berturut-turut sejak edisi 2001.

"Setelah sekian lama memburu anugerah ini, saya sangat gembira.

Advertisement

"Saya harap lebih banyak pencapaian akan menyusul. Saya mahu memburu kemenangan di pentas yang lebih besar.

"Terima kasih atas sokongan dan beri galakan berterusan yang diberikan semua pihak," kata pemenang Anugerah Putera MSS Selangor 2026, Hermann Tang.

Tambah pemenang Anugerah Puteri MSS Selangor,  Khoo Sue Enn, pula: "Ini membuktikan pencapaian saya sepanjang tahun ini.

"Salah satu matlamat utama saya adalah menyertai pasukan kebangsaan dan saya mahu bertanding dalam Sukan SEA tahun depan."

 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Must Watch Video