Skip to main content

Bola Sepak

Saya tidak mahu keluar, tapi saya keluar ada sebab -- Bekas kapten Selangor

razman

Bekas kapten Selangor, Razman Roslan, berkongsikan faktor utama dia mengambil keputusan untuk meninggalkan pasukan pada 2012 dan membawa haluan ke Pahang.

Ketika itu, dia dimaklumkan oleh bekas Setiausaha Eksekutif Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Tan Sri Hamidin Mohd Amin, bahawa Mahalli Jasuli bakal pulang daripada skuad muda negara untuk memperkuatkan Selangor dengan khidmatnya di barisan pertahanan tidak lagi diperlukan jurulatih ketika itu.

Advertisement

"Saya sebenarnya tidak mahu keluar, tapi saya keluar ada sebab yang memberikan peluang buat diri saya juga.

 

 

 

 

"Ketika itu Setiausaha Agung FAS ketika itu, Datuk Hamidin kata 'Mahali mahu balik dari Harimau Muda, Ketika itu ada Bunyamin (Omar). Buat masa sekarang ini jurulatih tidak mahu pakai kamu, Mahali dan Bunyamin akan jadi pilihan jurulatih.

"Mungkin kamu boleh cari pasukan lain." katanya.
 

Untuk rekod, Razman kembali memperkuatkan Selangor pada 2016 dan dilantik sebagai kapten pasukan sebelum menyertai Melaka pada 2019.

Must Watch Video