Skip to main content

Berbasikal

Saya pasti Azizulhasi Awang wakili Malaysia ke Piala Dunia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Azizul

Kurang 24 jam berbaki sebelum Siri Berbasikal Trek ASEAN 2026 atau Piala Presiden membuka tirai di Velodrom Nasional di Nilai, fokus utama pasti tertumpu buat Datuk Azizulhasni Awang atau The Pocket Rocketman yang akan beraksi dalam kejohanan itu.

Pengarah Teknikal Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), John Beasley, menjadi antara individu yang membawa pemenangan pingat perak Sukan Olimpik Tokyo itu kembali berlumba di peringkat kompetitif.

Advertisement

Ia merupakan permulaan kepada sesuatu yang lebih besar, dengan saingan ASEAN ini bakal digunakan untuk melayakkan diri ke saingan siri UCI Piala Dunia Berbasikal Trek 2026 bermula di Perth, Australia.

"Kita akan melakukan saringan dan siapa yang terbaik bakal meraih tempat tetapi saya pasti Datuk Azizulhasni akan mewakili Malaysia pada Piala Dunia di Perth dan Malaysia, prestasinya ketika itu dijangka lebih baik.

"Selepas setahun berehat, untuk kembali ke prestasi sebelum ini sememangnya mengambil masa, namun saya yakin dia akan tampil dengan aksi memukau di sini nanti," jelas John Beasly kepada wartawan, Kamal Nizam.

Beasley juga menganggap kejohanan tersebut sebagai permulaan musim 2026 terbaik buat barisan pelumba negara yang bakal menghadapi tahun yang sibuk.

"Fokus utama tertumpu buat temasya sukan asia pada bulan oktober, kemudian kejohanan dunia. Kami mahu dia cuba meraih sebanyak pingat yang boleh," tambah Beasly.

Must Watch Video