Skip to main content

Berbasikal

Saya ingin bawa sukan berbasikal negara ke persada dunia -- Presiden PKBM

amar

'Saya ingin bawa sukan berbasikal negara ke persada dunia'

Itu tekad Datuk Amarjit Singh Gill selepas kekal menjadi Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) hingga 2030.

Advertisement

Amarjit menang tanpa bertanding jawatan berkenaan dan ia dimuktamadkan menerusi Mesyuarat Exco (PKBM) di Bandar Baru Nilai, Khamis lalu selepas proses pencalonan ditutup.

Kepercayaan yang diberikan menjadi lambang keyakinan terhadap kepimpinannya untuk meneruskan momentum kejayaan Piala Dunia Trek 2026, sekali gus mengangkat nama Malaysia ke tahap lebih tinggi.

"Saya cukup terharu atas tanggungjawab besar yang telah diberikan kepada saya dan sokongan ahli gabungan untuk terajui PKBM untuk untuk penggal 2026-2030.

"Apa yang saya selalu katakan sudah tiba masa untuk sukan berbasikal lebih profesional, kita selalu bergantung kepada dana kerajaan, saya rasa penganjuran kali ini kami dapat tunjukkan kepada badan korporat lain bahawa jika diberikan tanggungjawab kami mampu anjur kejohanan bertaraf dunia." katanya.

Tumpuan AGM juga dijangkakan terarah kepada perebutan jawatan timbalan presiden yang menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Norazman Abu Samah dan Mohd Shaiful Abdul Jalil.

Bagi jawatan naib presiden pula, persaingan lebih terbuka apabila lapan calon menawarkan diri untuk merebut lima kerusi yang dipertandingkan pada AGM pemilihan di Ibu Negara, Ahad ini.
 

Must Watch Video