Pemain perseorangan perempuan kategori B-13, Nur Eryna Izzati Muhammad Haizad, 90 peratus yakin mampu sekurang-kurangnya layak ke pusingan separuh akhir Piala Lee Chong Wei, dengan misi utama untuk tamatkan saingan dengan kalungan pingat.
Eryna percaya komitmen penuh yang diberikan sepanjang tempoh persiapan selama hampir enam bulan sebelum kejohanan bermula, semestinya akan membuahkan hasil.
Bagaimanapun, dia menyifatkan fasa persediaannya tetap ada naik turun apabila terpaksa berehat lebih dua minggu akibat dijangkiti influenza yang sememangnya mengganggu tempo latihan dan tahap kecergasannya sebelum ini.
Rezeki menyebelahi pemain berusia 13 tahun itu apabila mudah melayakkan diri ke pusingan 32 terbaik hasil kemenangan ke atas wakil dari Wilayah Persekutuan, Olivia Yap Siew Hui, yang gagal menamatkan perlawanan hari ini akibat kecederaan.
"Saya persiapkan diri dalam enam bulan, itupun ada berhenti dua minggu kerana influenza, keadaan fizikal jadi cepat penat, pukulan teruk.
"Ibu saya kata hanya berjuang sahaja, saya sasar menjadi juara, saya mahu masuk dalam ABM dan berlatih bersama mereka."katanya.