Kejohanan Piala Emas Khir Johari bakal menjadi pertandingan pertama yang dianjurkan di Akademi Sepaktakraw Malaysia.
Advertisement
Penganjuran kejohanan tersebut menandakan permulaan penggunaan rasmi kemudahan akademi berkenaan sebagai pusat pembangunan sepak takraw negara.
Pertandingan berprestij itu juga dijangka menjadi platform penting untuk melahirkan serta mengetengahkan pemain muda berbakat dalam sukan sepak takraw.
Melalui kejohanan yang berlangsung pada April ini juga para pemain berpeluang menimba pengalaman pertandingan yang lebih kompetitif dan melangkah lebih jauh dalam arena sepak takraw.
Sementara itu, PSM mengambil keputusan untuk mengekalkan barisan pemain sedia ada bagi menghadapi cabaran di Sukan Asia Nagoya 2026 selepas melalui perbincangan dengan pihak berkaitan, selain pemilihan pemain ditentukan berdasarkan penilaian serta pertimbangan barisan jurulatih kebangsaan.