Skuad bawah 15 tahun (B-15) negara negara menamatkan kempen Festival & Piala Dunia B-15 FIFA 2026 di kedudukan ke-56 daripada keseluruhan 189 pasukan selepas tewas 0-2 kepada Lubnan Baku, Azerbaijan, semalam.
Lebih membanggakan, pelapis Harimau Malaya turut menjadi satu-satunya wakil tunggal Asia Tenggara (ASEAN) yang beraksi dalam Tier B kejohanan berkenaan.
Walaupun bukan penamat yang diinginkan, namun anak buah P. Maniam patut berbangga kerana Malaysia diangkat selaku pasukan terbaik ASEAN menewaskan Indonesia (72), Thailand (77) dan Vietnam (82) dalam kejohanan itu.
Dengan edisi sulung menjadi milik Sepanyol, kedudukan terakhir seluruh pasukan menyaksikan pasukan kebangsaan boleh bersaing dan memberikan cabaran hebat kepada lawan dari Afrika mahupun Eropah.
🚨🇦🇿 The final standings are in for the FIFA U-15 World Cup in Azerbaijan! Where did your country finish? 👀 #africanfootball #FIFA #U15WorldCup https://t.co/GHkAlAtbxu
— Micky Jnr (@MickyJnr__) October 30, 2026