Perancis memintas Sepanyol untuk merampas semula kedudukan pertama dalam ranking dunia Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) buat kali pertama sejak September 2018.
Kemenangan mengagumkan dalam aksi persahabatan menentang Brazil dan Colombia bulan lalu telah melonjakkan Perancis dua anak tangga dalam kemas kini ranking yang dikeluarkan semalam.
Advertisement
Sepanyol kini menduduki tangga kedua, manakala juara bertahan Piala Dunia, Argentina, turun satu anak tangga ke kedudukan ketiga. England kekal stabil di tangga keempat, manakala Portugal naik satu anak tangga untuk melengkapkan kelompok lima terbaik dunia.
Sebelum ini, Sepanyol mendominasi kedudukan teratas sejak September 2025 tetapi keputusan seri tanpa jaringan menentang Mesir pada Selasa lalu telah menjejaskan pungutan mata mereka.
Brazil pula merosot ke tangga keenam, diikuti oleh Belanda, Maghribi, Belgium, dan Jerman, yang melengkapkan senarai 10 pasukan terbaik dunia.
Mengenai status tuan rumah bersama Piala Dunia musim panas ini, Mexico naik satu anak tangga ke kedudukan ke-15, bertukar tempat dengan Amerika Syarikat di tangga ke-16. Kanada pula berada di kedudukan ke-30.
Sebanyak 37 daripada 48 pasukan yang bakal bertanding di Amerika Utara musim panas ini berada dalam kelompok 50 terbaik dunia. Bagaimanapun, tiga pasukan daripada kelompok 30 terbaik akan terlepas saingan Piala Dunia kali ini, iaitu Itali (12), Denmark (20), dan Nigeria (26).