Pasukan bola jaring Malaysia kini berada di Perth, Australia untuk sesi latihan sebagai persiapan menjelang Piala Asia di Hong Kong, yang juga merupakan kelayakan untuk ke Piala Dunia.
Dibarisi pemain senior dan junior, ada dua wajah yang kembali beraksi dan menggembirakan netball lovers Malaysia.
Umum mengetahui bahawa di saingan Netball Super League 2026, dua orang pemenang pingat emas Sukan SEA 2025 tidak berada di dalam senarai mana-mana pasukan untuk menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap “recovery” agar bebas 100% daripada kecederaan sebelum dipanggil semula untuk tugasan negara.
Nyata sekali, pengorbanan itu berbaloi buat Amisya Khairuddin dan Diyanah Sabadinee yang kini sudahpun kembali bersama pasukan kebangsaan. Misya terkenal dengan kelicikan dan kepantasannya di gelanggang, manakala Diyan pula kerapkali dilabel “sharp shooter”.