Skip to main content

Sukan Asia

Pujuk Cheong Min tangguh bersara, wushu belum jumpa pelapis berkaliber

hhh
Advertisement

 

Presiden Persekutuan Wushu Malaysia, Datuk Chong Kim Fatt, menggesa ratu wushu negara, Tan Cheong Min, agar menangguhkan dahulu sebarang keputusan untuk bersara dan terus beraksi sekurang-kurangnya dua tahun lagi.

Advertisement

Lebih-lebih lagi Malaysia bakal bertindak sebagai tuan rumah Sukan SEA 2027 dengan sukan itu sudah pasti bakal dijadikan sebagai lubuk emas kontinjen negara.

Untuk rekod, Cheong Min kini sudah mencecah usia 28 tahun dan sudah melakukan penampilan ketiga di pentas Sukan Asia sejak edisi 2018 di Jakarta-Palembang.

Advertisement

Nadi Arena sebelum ini melaporkan Cheong Min belum buat sebarang keputusan mengenai masa depannya selepas meraih gangsa dalam acara nanquan dan nandao dalam temasya Sukan Asia Aichi-Nagoya.

"Dia berpengalaman, skilnya bagus cuma kekurangan stamina.

"Ini boleh dibentuk melalui kerjasama dengan ISN (Institut Sukan Negara).

"Kalau staminanya bagus, kurang kesilapan berlaku dan boleh mencabar juara dunia.

"Setakat ini tiada pelapis yang mampu ambil tempatnya.

"Kami mahu memujuknya supaya menangguhkan hasrat persaraannya untuk satu tempoh lagi," katanya.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Related Topics

Must Watch Video

Advertisement