Beregu campuran negara berputih mata untuk kemaraan ke suku akhir sejak Sukan Asia 2006 apabila dua taruhan, Chen Tang Jie-Cheng Su Yin, terkandas hari ini.
Bertemu Kim Jaeh Yun-Jang Hajeong dari Korea Selatan, beregu negara itu tewas set pertama 16-21 meskipun mendahului permainan seketika.
Ketinggalan sepanjang set kedua, Tang Jie-Su Yin sempat mengejar lawan hingga memaksa dius apabila mengikat permainan 20-20.
Kesilapan lawan itu memastikan kemenangan set kedua jadi milik Malaysia 22-20.
Selepas aksi sengit, mereka terpaksa akur dengan kekalahan 19-21 kepada gandingan di ranking ke-26 dunia itu.
Nasib sama turut menimpa pasangan merpati dua sejoli, Goh Soon Huat-Shevon Lai, yang disekat wakil India dalam aksi dua set yang berlanjutan ke babak dius.
Sementara itu, gandingan sensasi beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah pula menepati ramalan selepas mudah menumbangkan lawan dari Indonesia 21-13, 21-11.