Skip to main content

Sukan

PSAS: 1001 cerita, Rahuul gamit memori bakal beraksi di stadium ikonik

Piala Sultan Azlan Shah: Seribu satu cerita, Rahuul gamit memori bakal beraksi di stadium ikonik
Advertisement

Stadium Hoki Sultan Azlan Shah di Ipoh meninggalkan seribu satu cerita menggamit memori penyerang The Speedy Tigers, Rahuul Fazrien bersama arwah bapa tujuh tahun lalu.

Sekembalinya Rahuul di stadium ikonik itu, ia bakal melakukan debut bersama skuad senior bagi aksi pembukaan kempen menentang Korea Selatan malam ini.

Advertisement

Pemain berusia 19 tahun itu berjaya meraih kepercayaan ketua jurulatih, Brendon Carolan membarisi jentera serangan di samping watak utama diterajui Faizal Saari dan Azrai Aizad Abu Kamal.

Peluang keemasan dimiliki Rahuul untuk membukti wibawa -- bakal diterjemah ke dalam bentuk persembahan berkelas antarabangsa -- demi dedikasi khas buat keluarga tercinta.

Advertisement

Sementara itu, barisan kejurulatihan negara mengambil langkah proaktif menyenaraikan empat pemain muda menjadi sebahagian daripada kekuatan pasukan.

Langkah itu diambil demi mengharungi kempen Kelayakan Sukan Olimpik 2028 awal tahun hadapan.

Selain Rahuul, tiga lagi pemain muda berada dalam skuad, Azimuddin Syakir Kamaruddin, Adam Ashrah Johari dan Andywalfian Jeffrynus.

Halangan pertama kem negara pada kempen kali ini, Korea Selatan hadir dengan pasukan baru berpurata usia 24 tahun -- di samping empat pemain yang bakal melakukan debut.

Ini kerana, Korea Selatan telah merombak semula pasukan senior -- empat tahun menuju Sukan Asia 2030 di Doha, Qatar.

Pertemuan Korea Selatan dan Malaysia malam ini merupakan kali kedua dalam tempoh dua minggu -- selepas aksi penentuan pingat gangsa Trofi Juara-Juara Asia (ACT) 2026 memihak The Speedy Tigers.

Ancaman utama Korea Selatan dalam gerakan pukulan sudut penalti menerusi Park Geun-woo yang dicanang menjadi mesin pencetak gol masa hadapan.

Ini kerana, Korea Selatan cukup terkenal dengan corak permainan bertahan dan bergantung harap kepada gerakan pukulan sudut penalti.

Ayuh teruskan sokongan kepada sukan hoki negara! Saksikan Piala Sultan Azlan Shah 2026 bersama Tenaga Nasional Berhad.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Must Watch Video