Setiausaha Agung Olahraga Malaysia (MA), Nurhayati Karim, menegaskan elemen "pensyarah" antara nilai tambah yang diperlukan bagi memperkasakan struktur kejurulatihan di Malaysia.
Pensyarah ini bakal mengisi beberapa jawatan ketua jurulatih merangkumi acara pecut, lontaran, jarak sederhana dan jauh, manakala jurusan lompatan akan diterajui oleh jurulatih tempatan.
Advertisement
Pemilihan jurulatih luar negara dibuat berdasarkan beberapa kriteria utama, antaranya mempunyai rekod melahirkan atlet bertaraf antarabangsa yang berjaya memenangi pingat di kejohanan besar.
"Fokus kami adalah mereka hadir bukan seanag jurulatih peribadi.
"Mereka akan (terlibat dengan) program latihan untuk pengendali.
"Mereka boleh (bantu) menaiktarafkan (kemampuan) jurulatih di Malaysia dan ia salah satu KPI (petunjuk prestasi utama) yang ditetapkan ke atas mereka," katanya.
Ketua jurulatih bagi acara pecut masih berada dalam fasa tapisan dengan negara Afrika, Amerika Syarikat (AS) dan beberapa kuasa besar olahraga menjadi antara prospek kesatuan.
Kontrak jurulatih ini akan berkuat kuasa hingga satu kitaran sukan sea.
"Calon jurulatih pecut dari Afrika dan Amerika Syarikat belum dimuktamadkan sambil kami perlu mengambil kira kosnya yang lebih tinggi kerana melibatkan acara utama," katanya.