Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Noor Azman Rahman, menegaskan Shane Lowry sudah bersiap sedia untuk bersama skuad kebangsaan sebagai pemain naturalisasi.
Selain Lowry, Giancarlo Galifuoco juga berada dalam radar untuk menyertai pasukan kebangsaan.
Bagaimanapun, Noor Azman menegaskan permohonan tersebut perlu melalui proses dari kelab terlebih dahulu sebelum badan induk itu mengambil langkah seterusnya.
"Dokumentasinya sudah lengkap dan kami sedang menunggu keputusan daripada FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa).
"Dia ada menghubungi kami tapi melalui kelab sendiri untuk melalui proses itu.
"Selepas itu barulah FAM akan mohon kepada FIFA," katanya.