Skip to main content

Golf

President’s Cup 2026 catat rekod baharu, PEKEMA sifatkan edisi terbaik sepanjang penganjuran

President’s Cup 2026 catat rekod baharu, PEKEMA sifatkan edisi terbaik sepanjang penganjuran

Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) menyifatkan Kejohanan Golf President’s Cup 2026 sebagai satu kejayaan bersejarah yang menetapkan penanda aras baharu sepanjang 12 edisi penganjurannya.

Kejohanan yang berlangsung selama dua hari di Palm Garden Golf Club, Putrajaya itu berjaya menghimpunkan seramai 520 peserta, sekali gus menjadikannya antara kejohanan golf amatur terbesar di negara ini.

Lebih menarik, President’s Cup 2026 menawarkan hadiah keseluruhan bernilai lebih RM500,000, menjadikannya antara kejohanan golf amatur dengan ganjaran paling lumayan di Malaysia.

Hari kedua pertandingan menyaksikan persaingan sengit dalam suasana penuh semangat kesukanan, melibatkan peserta daripada kalangan rakan niaga PEKEMA serta pemain-pemain industri.

Penyertaan memberangsangkan itu mencerminkan usaha berterusan PEKEMA dalam mengukuhkan hubungan strategik bersama pemain industri, selain membuka ruang kepada jalinan kerjasama baharu yang mampu memberi manfaat kepada semua pihak.

Dalam masa sama, kejohanan tersebut turut berperanan sebagai platform jaringan antara pelbagai sektor industri, sekali gus memperkukuhkan penjenamaan PEKEMA serta memperluaskan pengaruh persatuan dalam ekosistem automotif negara.

Penganjuran President’s Cup 2026 juga membuktikan bahawa kejohanan ini bukan sekadar acara sukan, sebaliknya menjadi medium untuk mengeratkan hubungan perniagaan, memperkasa rangkaian industri serta menyokong pelaksanaan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

New Balance 1000 - Grey

New Balance 1000 - Grey

Must Watch Video