Presiden Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino, bercadang untuk menamatkan sekatan aktiviti bola sepak terhadap Rusia, namun menerima tentangan hebat khususnya daripada Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA).
Negara dan kelab Rusia menghadapi penggantungan daripada kejohanan antarabangsa selama empat tahun sejak pencerobohan negara itu ke atas Ukraine pada 2022 sebagai tindak balas terhadap konflik yang berterusan.
Advertisement
"Larangan ini tidak mencapai apa-apa. Ia hanya mencetuskan lebih banyak kekecewaan dan kebencian.
"Seharusnya peluang diberikan kepada kanak-kanak dan remaja lelaki dan wanita untuk bermain bola sepak mengembangkan karier di Eropah," katanya.
Sementara itu, Majlis FIFA tidak merancang untuk mengadakan undian mengenai isu itu.
UEFA dalam masa sama turut tidak menyokong usul itu sebaliknya mahu meneruskan hukuman terhadap Rusia dengan dakwaan 'jenayah' antarabangsa sehingga menyebabkan pertumpahan darah berlaku.