Presiden Persatuan Sepak Takraw Asia (ASTAF), Datuk Abdul Halim Kader, menyifatkan pengiktirafan Stadium Titiwangsa dijadikan 'Home of Sepak Takraw' negara sebagai lambang komitmen Malaysia dalam memperkukuh pembangunan sukan itu di peringkat nasional dan antarabangsa.
Dia turut menzahirkan ucapan tahniah kepada Hannah Yeoh atas kepimpinan berwawasan tinggi dalam memajukan sepak takraw di Malaysia.
Advertisement
Kewujudan gelanggang rasmi ini disifatkan sebagai pelaburan strategik untuk melahirkan atlet muda, pusat latihan berprestasi tinggi dan hab penganjuran kejohanan antarabangsa.
ASTAF akan terus bekerjasama dengan Persekutuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) bagi memastikan persiapan rapi untuk menghadapi Piala Dunia 2026, sekali gus mengekalkan status Malaysia sebagai kuda besar takraw dunia.
"Home of Sepak Takraw akan melonjakkan sepak takraw di Kuala lumpur dan membuka peluang untuk mengadakan kejohanan di peringkat antarabangsa.
"Saya juga penuh yakin setiap pasukan akan terperanjat melihat dengan perubahan di Stadium Titiwangsa -- yang pernah menganjurkan Piala Dunia 2024 -- sebagai luar biasa (sempena) penganjuran Piala Dunia," katanya.