Pengarah Kejurulatihan Beregu Persatuan Badminton Malaysia, Rexy Mainaky, berharap persiapan fasa akhir persiapan Piala Thomas 2026 berjalan lancar selain mereka juga akan mengadakan kem latihan intensif di Denmark.
"Kami akan mengadakan kem latihan di kampung halamannya.
Advertisement
"Menurutnya pastinya tiada gangguan ketika kem latihan itu," katanya mengenai kejohanan yang akan membuka tirai 24 April depan.
Rexy juga tidak menolak ada kemungkinan barisan ke Piala Thomas mungkin berubah berdasarkan Kejohanan Badminton Asia.
"Persiapan akhir kami kelak adalah fokus, mental agar pemain berasa lebih tenang dalam 10 hari," katanya lagi.
Rexy juga menjawab mengenai kelibat bekas bintang badminton Indonesia, Marcus Gideon, yang turun berlatih bersama pemain negara di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara, hari ini.
Walaupun Marcus hadir untuk 'mengeluarkan peluh' sahaja, namun ia juga memberi manfaat dalam berkongsi pengalamannya selaku pemenang emas Sukan Asia 2018 dan juara lima kali siri Super 1000 dalam jelajah BWF.
"Dia akan bercuti ke Genting Highland bersama keluarganya esok," katanya.