Setiausaha Agung Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Kenny Goh, memaklumkan perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia, akan kembali berlatih bersama skuad kebangsaan lebih awal menjelang Piala Thomas dan Piala Uber, Mei depan.
Jelasnya, Zii Jia memberi bayangan dia dalam usaha untuk memastikan persiapan lebih awal dapat dirangka bagi memastikan misi getir itu dalam direalisasikan.
Advertisement
"Dia beritahu akan cuba untuk sertai sesi latihan lebih awal tapi belum ada pengesahannya.
"Kami juga berunding dengan pemain profesional mengenai penglibatan mereka hingga 2028," katanya.
Dalam pada itu, dia turut berkongsi hasil minit Mesyuarat Jawatankuasa Kerja BAM seramai 21 orang atlet Program Podium dan 20 pelapis kebangsaan telah disenaraikan untuk mencapai sasaran dalam Sukan Asia Aichi-Nagoya, September depan.
"Kami melihat kepada kejohanan tertentu dan jurulatih perlu menetapkan KPI (petunjuk prestasi utama) ke atas mereka bagi mencapai sasaran dalam Sukan Asia," katanya lagi.