Ketua jurulatih beregu lelaki negara, Herry Iman Pierngadi, mengakui persaingan ketika ini sengit bagi merebut slot beregu lelaki ketiga negara menuju ke saingan Piala Thomas 2026.
Menurutnya, dua pasangan negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, serta Arif Junaidi-Yap Roy King, kini bersaing rapat daripada aspek prestasi.
Advertisement
Herry menjelaskan pemilihan akan dilakukan berdasarkan konsistensi dan prestasi semasa mereka di kejohanan antarabangsa serta mengambil kira pengalaman besar beregu yang pernah bersaing dengan tekanan tinggi di kejohanan besar.
Dua turut menegaskan hanya pasangan paling layak akan dipilih bagi menggalas cabaran negara di pentas utama itu nanti yang dijadualkan berlangsung 24 April depan di Horsens, Denmark.
🏸 Persaingan sengit beregu lelaki negara!
Jurulatih Herry Iman Pierngadi akui perebutan slot pasangan ketiga makin terbuka.
FeiDin @ ArifKing?
Pemilihan berdasarkan prestasi & konsistensi, hanya yang terbaik akan dipilih 💪🇲🇾@ASTROARENA pic.twitter.com/g7RRx530Tq— ZAKI ZAINAL (@_ZakiZainal) March 29, 2026
"Lebih kurang seperti yang kita lihat keputusannya seperti apa, tetapi ada faktor lain yang perlu dilihat juga.
"Katakanlah Arif-King di lebih di atas FeiDin jadi perlu berbincang sama ada mereka atau FeiDin yang perlu masuk, sebagai pertimbangan.
"Kalau kategori beregu ini perlu cari pemain yang lebih matang dan berpengalaman." katanya.
Saingan Piala Thomas dan Piala Uber menyusul selepas Kejohanan Badminton Asia (BAC) yang menyaksikan kem Malaysia diundi dalam Kumpulan B.
Skuad lelaki akan berdepan Jepun, England dan Finland, sementara kem Wanita juga perlu menentang Jepun selain Turkiye dan Afrika Selatan.