Skip to main content

Bola Sepak

Piala Malaysia: Tengku Hazman serahkan kepada pengurusan Terengganu

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Piala Malaysia, Liga-M


Piala Malaysia: Tengku Hazman tiada resepi rahsia

Jurulatih sementara Terengganu, Tengku Hazman Raja Hassan, tampak akur dengan mutu pengadilan meskipun nasib pasukannya diumpamakan seperti ‘pisang berbuah dua kali’.

Advertisement

Sang Penyu sekali lagi dinafikan kemenangan selepas jaringan pemain gantian, Baqiuddin Shamsudin, pada hujung perlawanan pertemuan pertama suku akhir Piala Malaysia di Gong Badak, malam tadi, dibatalkan tatkala Tengku Hazman terus membuktikan kemampuannya sebagai pengendali menerusi rekod tanpa kalah iaitu enam daripada tujuh perlawanan, setakat ini.

"Benda ini pernah terjadi ketika lawan Selangor sebelum ini.

"Apa pun saya serahkan kepada pengadil.

"Perkara ini (ketua jurulatih) saya serahkan kepada pihak pengurusan TFC sebab apabila saya diberi peluang (ketua jurulatih sementara) saya akan buat yang terbaik, lagipun peluang sebegini tidak selalunya dapat.

"Saya tiada resepi rahsia, saya cuba perbetulkan kekurangan dengan pemain ada.

"Kami elak satu lawan satu, bertahan sebagai satu unit dan ia menjadi," katanya. 

Must Watch Video