Juara bertahan, Johor Darul Ta'zim (JDT), akan melayani kunjungan Melaka bagi aksi suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri malam ini.
Selepas tewas tipis 1-2 kepada Kelab Jepun, Sanfrecce Hiroshima, dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) pada selasa lalu, Harimau Selatan sudah pasti mahu bangkit mengembalikan rentak kemenangan.
Mampukah JDT berpesta gol atau Melaka melakar kejutan dalam perhitungan ini?
Siaran langsung & live streaming JDT vs Melaka
Saksikan perlawanan menarik ini secara langsung di Astro Arena Bola saluran 803 bermula dengan prarancangan pada jam 8.05 malam ini.