Skip to main content

Bola Sepak

Piala Malaysia: Nidzam akui sukar tembusi Imigresen

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Bukan mudah tewaskan Imigresen

'Mereka terlalu ampuh', itu luahan ketua jurulatih Negeri Sembilan, Nidzam Jamil, yang akui sangat sukar untuk tembusi tembok pertahanan Imigresen dalam aksi pusingan 16 kedua saingan Piala Malaysia di Stadium Paroi semalam.

Meskipun gagal memanfaat penalti di akhir babak pertama, Nidzam menghargai momen magis Piala Malaysia daripada Luqman yang berjaya melayakkan Skuad Jang ke suku akhir bertemu Selangor.

Advertisement

"17 gol telah dijaringkan Imigresen sebelum mereka bertemu kami. Saya berasakan ia merupakan perlawanan yang baik buat kedua-dua pasukan," kata Nidzam.

"Bertemu Selangor, ia merupakan perlawanan yang dinanti-nantikan, kami tewas dalam saingan Piala FA sebelum ini saya percaya kami akan berusaha untuk ke separuh akhir."

Luqman pula beranggapan gol yang dijaring merupakan detik istimewa dalam membangkitkan lagi keyakinannya di hadapan gawang, lebih-lebih lagi menuju ke ulangan suku akhir Piala FA tempoh hari menentang Selangor.

Sementara itu, tiada satu pun luahan kecewa dari Ketua Jurulatih Imigresen, Yusri Che Lah, selepas aksi cemerlang ditonjolkan anak buahnya.

Bagi Yusri, tewas hanya satu gol di kubu kuat seperti Paroi, boleh dianggap sebagai kejayaan.

Must Watch Video