Johor Darul Ta'zim (JDT) terbukti berada dalam kelas tersendiri apabila mara ke separuh akhir Piala Malaysia dengan agregat 8-0 setelah menewaskan melaka 3-1 dalam aksi suku akhir kedua di Stadium Hang Jebat sebentar tadi.
Harimau Selatan membawa bekalan selesa hasil kemenangan besar 5-0 dalam aksi pertama di Iskandar Puteri dua minggu lalu, dan kali ini, tiada sebarang pertanda mereka akan memperlahankan rentak.
Advertisement
Hasilnya, pelawat mendahului seawal minit ketujuh apabila pertahanan kiri, Corbin Ong, membuka jaringan sebelum Jairo da Silva menggandakan kelebihan itu pada minit ke-31.
JDT kemudian menambah satu lagi gol dalam babak kedua, sekali lagi menerusi jaringan penyerang sensasi, Jairo, pada minit ke-54.
Melaka akhirnya memperoleh gol sagu hati hasil jaringan Ayman Abdalazem dalam waktu kecederaan.
JDT seterusnya akan bertemu Kuala Lumpur City bagi dua penentuan ke final bulan depan.