Ketua jurulatih Penang, Wan Rohaimi Wan Ismail, mengharap kedatangan penyerang import baru, Douglas Coutinho, dapat membantu menajamkan lagi barisan hadapan Penang.
24 jam sebelum sepak mula saingan Piala Malaysia bertemu Kuching City di tempat sendiri, Wan Rohaimi masih lagi berteka-teki untuk menurunkan Coutinho dalam perlawanan pertama atau tidak kerana barisan sedia ada ketika ini tampil dengan prestasi cemerlang.
Advertisement
"Semalam adalah sesi pertama latihannya bersama kami.
"Walaupun hanay 30 minit berlatih, saya bampak ia adalah sentuhan penyerang sejati.
"Saya percaya dia akan beraksi mantap seperti yang diharapkan," katanya.
Sementara itu, wan rohaimi juga berharap anak buahnya tidak mendabik dada atas tiga kemenangan berturut-turut dalam 2026 ini, sebaliknya fokus untuk teruskan momentum sedia ada dalam misi menundukkan Kuching City.
"Keadaan pasukan dalam suasana yang baik tapi dalam bola sepak, perlu untuk kami teruskan momentum.
"Penting juga pemain baru mencapai keserasian segera.
"Saya rasa dia sudah bersedia. Dia pernah beraksi dalam liga di Indonesia, jadi dia pasti tidak berdepan masalah daripada segi cuaca.
"Saya mengharapkan dia beraksi cemerlang malam esok," katanya.