Taj Izrin Aiman Taj Madira membina legasi tersendiri di pentas tertinggi Asia membesar dengan didikan ayahnya dalam dunia sukan permotoran empat roda, secara tidak langsung menjadikannya sebagai pemandu serba boleh.
Ini kerana atlet kelahiran Kelantan berusia 28 tahun itu turut cemerlang di litar sebenar, sementelah lagi berguru di bawah legenda negara, Alex Yoong.
Taj Izrin turut dikenali sebagai “Raja Sim Racing Malaysia" di alam maya, sekali gus mencerminkan reputasi gah yang dimiliki dalam dua dunia berbeza itu.
Dia meninggalkan Sukan Asia dengan mahligai persis Taj Mahal di Kota Aichi, Jepun, dikalungkan pingat emas melalui acara e-sukan, GT7.
"Kami pakai kasut ketika berlatih cuma kali ini saya selesa dengan berkaki ayam.
"Cuaca di sini juga tidak begitu sejuk, suam-suam kuku.
"Saya hanya mahu berasa lebih selesa," katanya.
Jurulatihnya, Alex, mengakui Taj Izrin memiliki potensi tinggi sejak bakatnya dikesan beberapa tahun lalu sambil sokongan daripada keluarga amat penting.
"Kami sedar tentang peluang untuk meriah perak atau emas jika membuat persiapan rapi dan Taj telah berkeras keras," katanya.